SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Kes Soalan Bocor Upsr : Hanya Kertas Bahasa Inggeri Sekolah Kebangsaan Sahaja Diulang ???

Kes Soalan Bocor Upsr : Hanya Kertas Bahasa Inggeri Sekolah Kebangsaan Sahaja Diulang ???

PUTRAJAYA: Tiada pembatalan bagi mana-mana kertas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kecuali kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2, serta sains 018, 028, dan 038.
Kertas peperiksaan bagi kedua-dua matapelajaran itu yang dibocorkan sebelum ini
bagaimanapun akan diadakan pada 30 September ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Misrah Ibrahim dalam satu sidang media di Putrajaya pada Jumaat.

"Selain daripada kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 1, 2 dan Sains 018, 028, 038, seperti mana di atas, tiada pembatalan untuk mana-mana kertas peperiksaan UPSR yang lain setakat ini.

“Untuk mengelakkan penyebaran maklumat palsu, saya menyeru seru pihak awam layari www.moe.my/lp untuk maklumat rasmi berhubung perkara ini," katanya pada pemberita hari ini.

Katanya, kedua-dua kertas peperiksaan Bahasa Inggeris hanya untuk sekolah kebangsaan sahaja dan tidak memberi kesan terhadap kertas Bahasa Inggeris yang diduduki sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil.

Jelas beliau, 30 September 2014 adalah tarikh yang paling sesuai untuk mengadakan peperiksaan kertas Bahasa Inggeris dan Sains bagi membolehkan lembaga peperiksaan melaksanakan isu logistik dan teknikal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir