SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Kes Soalan Bocor Upsr : Guru Di Johor Suspek Utama

Kes Soalan Bocor Upsr : Guru Di Johor Suspek Utama

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Suspek yang disyaki bertanggungjawab membocorkan kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga menyebabkan 473,175 calon terpaksa menduduki semula matapelajaran berkenaan 30 September ini, dipercayai telah ditahan oleh pihak polis.


Utusan Malaysia difahamkan, guru tersebut telah ditahan di Johor hari ini dan sidang akhbar berhubung perkara berkenaan akan dibuat esok.

"Betul. Seorang guru telah ditahan di Johor,’’ kata sumber kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan semalam mengumumkan kertas Sains 018, 028, 038 UPSR didapati bocor dan peperiksaannya yang dijadual hari ini terpaksa ditangguhkan. - Utusan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir