SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » PANAS : Model Terkemuka Kantoikan Jurugambar Gila S*ks

PANAS : Model Terkemuka Kantoikan Jurugambar Gila S*ks

Kali ini, si jurugambar mungkin tidak menyedari bahawa dia sedang berbual dan cuba mempengaruhi seorang model profesional yang sudah mengikat kontrak dengan syarikat kecantikan terkenal.

Seperti laporan sebelumnya, lelaki yang lucah itu cuba memujuk model berkenaan yang merupakan pemilik akaun Shafiqa Roslan, membuat gaya-gaya di depan kamera dan dihantar kepadanya menggunakan aplikasi brbual laman sosial Facebook.
Peliknya, lelaki yang mendakwa dirinya jurugambar itu menyuruh dia memakai pakaian legging
dan inner iaitu pakaian ketat yang biasa dipakai di bahagian dalam oleh wanita.Lelaki itu juga membuat permintaan merepek dengan mahukan pose dengan bentuk badan ‘lentik’ dari Shafiqa.
Selepas Shafiqa dilihat seperti keberatan menghantar gambar-gambar yang di minta si pelucah mula naik marah dan mula memaki hamun model berkenaan dengan kata-kata yang tidak sedap didengar.
Kemudian, Shafiqa yang memang sengaja berbual dengan lelaki itu mendedahkan bahawa dia memang seorang model sepenuh masa dan mempunyai kontrak dengan satu majalah kecantikan.
Dia berkata itulah kali pertama dia ditemubual di dalam aplikasi bual dan jurugambar meminta gambar-gambar dengan cara selfie yang disifatkan pelik.
Model berkenaan kemudian mendedahkan setiap butiran perbualan mereka di Facebook sebagai pengajaran untuk orang ramai agar tidak menjadi mangsa lucah lelaki berkenaan.
Model_1Model_2Model_3Model_4Model_5Model_6Model_7Model_13Model_14Model_17Model_30Model_33Model_35
Mynewshub.my memaparkan beberapa petikan perbualan antara kedua-dua mereka dan untuk perbualan penuh, anda boleh layari laman Facebook Shafiqa Roslan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir