SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » #CDM25 : Kiki Didenda RM 5000 Dan Kerja Komuniti 240 Jam

#CDM25 : Kiki Didenda RM 5000 Dan Kerja Komuniti 240 Jam

Kuantan – Mahkamah Sesyen Kuantan memerintahkan Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, melakukan kerja kemasyarakatan selama 240 jam dan didenda RM5,000 selepas mengaku salah melakukan khianat kepada kereta milik warga emas, Sim Hiak Hong, 68, minggu lalu.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal
membayar denda.
Mengikut pertuduhan, Kiki didakwa melakukan khianat terhadap Toyota Corolla milik Sim dengan cara mengetuk bahagian depan dan atas bonet dan cermin depan kereta itu menggunakan pengunci stereng kereta menyebabkan mangsa kerugian RM500.
SITI Fairrah atau Kiki ketika tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk memberi keterangan pada 17 Julai. FOTO Bernama
Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, video kejadian itu menjadi viral di laman sosial apabila memaparkan tindakan ganas seorang wanita membuli warga emas selelas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan. – myMetro Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir