SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » MLM 2013 - Sepahtu Menang Perodua Alza

MLM 2013 - Sepahtu Menang Perodua Alza



Program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu kesembilan membuat kejutan apabila kumpulan Sepahtu yang mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 65 peratus menerima sebuah kereta perodua Alza pada malam Jumaat.


Hadiah tersebut diberikan bersempena dengan pelancaran Perodua Alza yang baharu.


"Alhamduliah, ini merupakan hasil usaha kami serta sokongan daripada peminat," kata salah seorang ahli Sepahtu, Jepp.

Program tersebut berlangsung di perkarangan pusat beli belah One Utama di sini.

Sementara itu, kumpulan Wala tersingkir selepas diumumkan oleh juri, Luna Maya.

Wala yang dianggotai oleh Wan dan Lopz tewas setelah mendapat undian paling rendah dengan jumlah peratusan sebanyak 46 peratus.

"Kami terima dengan kekalahan ini, lagipun peluang intuk sampai ke minggu ke sembilan bukannya mudah.

"Terima kasih kepada para peminat kerana mengundi," kata Wan.

Dua peserta lain yang mendapat peratusan terendah adalah kumpulan Shiro iaitu 57 peratus dan Comey (56 peratus).

Sementara itu, antara kumpulan lain yang membuat berjaya menarik perhatian penonton ialah Nabil, SYJ dan Bocey.

Sistem penghakiman masih dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton.

Juara MLM 2013 bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang hadiah RM250,000 dan RM150,000.

MLM 2013 bersiaran secara langsung bermula 15 November 2013, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir