SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Shaheizy Sam Kaki Gaduh di Bangkok ???

Shaheizy Sam Kaki Gaduh di Bangkok ???

Kontroversi tentang Shaheizy Sam memang jarang menjadi perbualan ramai. Kalau ada pun, setakat gosip cintanya dengan pelakon jelita, Fazura beberapa bulan yang lalu.

Dan beberapa hari lepas, peminat dikejutkan dengan foto Sam sedang bergaduh
dan hampir dipukul dengan kayu. Apa yang terjadi?
Jangan risau, Sam bukanlah dibelasah betul-betul, sebaliknya dia sedang menjalani penggambaran bersama Along Cham di Bangkok, Thailand.
Tidak dapat dipastikan sama ada mereka berlakon untuk drama, telemovie ataupun filem namun karya milik MIG itu dipercayai berjudul Adnan Sempit Sawadeekap.



Kalau diperhatikan, nama Sam sekarang ini dilihat sudah sinonim dengan watak Adnan di dalam filem-filem Adnan Sempit yang lain.
Dan pastinya, ramai peminat sudah tidak sabar untuk menunggu Adnan Sempit Sawadeekap ditayangkan nanti.
Bagaimanapun, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping foto Sam di Bangkok untuk tatapan anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir