SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Fouziah Gous Sengaja Langgar Pantang Larang Sebelum Kahwin ???

Fouziah Gous Sengaja Langgar Pantang Larang Sebelum Kahwin ???

Pelakon Fouziah Gous mengakui terpaksa melangar pantang larang untuk tidak bertemu tunangannya, Md Zhafran Md Yusof kerana mahu membuat persiapan perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada 21 September ini.

Fouziah, 30, berkata, kedua-dua mereka perlu membuat persiapan majlis tersebut sendiri tanpa menyusahkan pihak keluarga.

"Kalau ikutkan memang keluarga kami tidak benarkan kami kerap bertemu selepas bertunang lagi, tapi banyak perkara yang perlu diselesaikan untuk persiapan majlis nanti.
"Sekarang keluarga saya sedang sibuk dengan urusan kerja, mereka minta saya melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun supaya mereka boleh bantu, tapi keluarga Zaf pula mahu majlis dijalankan awal, jadi mahu atau tidak saya terpaksa buat semuanya sendiri," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, kata Fouziah, mereka akan cuba untuk tidak bertemu seminggu sebelum majlis pernikahan berlangsung.
Sementara itu, ditanya mengenai tunangnya yang sering kelihatan di lokasi penggambaran dan majlis-majlis yang melibatkan aktres tersebut, Fouziah berkata, hanya itu sahaja masa untuk mereka bertemu.
"Saya tidak ada masa untuk keluar dating seperti orang lain, jadi dia akan datang jumpa saya selepas dia habis bekerja.


"Sebab itu mungkin orang nampak dia selalu bersama saya kerana itu sahaja masa kami untuk berjumpa," katanya.
Jelasnya, dengan cara tersebut juga sedikit sebanyak mampu memberi pendedahan kepada bakal suaminya itu terhadap bidang kerjaya sebagai selebriti.
Pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu akan melangsungkan pernikahan pada 21 September ini di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam, pada pukul 8 malam.
Ia disusuli majlis kenduri dan persandingan di sebelah pihak perempuan pada 29 September yang dijadualkan berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya.
Majlis menyambut menantu pula akan diadakan pada 5 Oktober depan di kediaman keluarga pengantin lelaki di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir