SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Faizal Tahir Sertai AF 2013 Kerana Merajuk Dengan Media Prima ???

Faizal Tahir Sertai AF 2013 Kerana Merajuk Dengan Media Prima ???

Penyanyi Faizal Tahir memberitahu penglibatannya dalam Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) tiada kena mengena dengan isu dirinya merajuk dengan pihak rangkaian televisyen Media Prima selepas dikatakan digam stesen tersebut.

Faizal, 35, berkata, sebagai penyanyi yang berada di bawah naungan pengurusan Media Prima iaitu Monkeybone, dakwaan yang mengatakan dia ingin beralih ke stesen televisyen lain juga tidak relevan.

"Tidak kiralah sama ada penglibatan saya dalam AF 2013 ini berkait dengan isu saya kononnya digam atau tidak. Benda ini bukannya satu masalah pun.
"Saya rasa pihak yang berkata sedemikian perlu melihat kembali bahawa setiap tawaran kerja yang diterima perlu melalui Monkeybone.
"Jadi, jika ada yang mendakwa saya sertai program di stesen televisyen Astro kerana merajuk dengan Media Prima, itu tidak relevan," katanya kepada mStar Online.
Tambah Faizal, penerimaan dia sebagai 'Inspirer' pelajar AF 2013 adalah sebagai sumbangannya terhadap industri muzik agar bagi memiliki pendatang baharu yang serba boleh dalam nyanyian
"Saya sertai AF 2013 bukannya saja-saja. Kalau asyik memenuhi tawaran menyanyi dan kemudian sertai pertandingan seperti AJL (Anugerah Juara Lagu), apa yang industri muzik kita akan dapat?
"Saya tak mahu memeriahkan industri semata-mata, tetapi ingin menyumbangkan sesuatu dalam bidang ini terutamanya kepada golongan muda yang berbakat besar dalam seni muzik," ujarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir