SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Berat Badan Bayi Susut, Badan Jadi Terlalu Panas Kerana Gangguan Saka

Berat Badan Bayi Susut, Badan Jadi Terlalu Panas Kerana Gangguan Saka

GUAL PERIOK - Kepanasan menyebabkan seorang bayi berusia sembilan bulan dari Kampung Tersang tidak dapat melelapkan mata, sejak tiga bulan dilahirkan.

Bayi menderita sukar tidur

Pengamal Pusat Perubatan Islam at-Tobibi, Datuk Ustaz Shamsuri Shafie berkata, orang lain mungkin berasa sejuk setiap kali menyentuh kulit pesakit tetapi sebaliknya pesakit pula berasa kulitnya panas.

“Kita percaya adik Lia Nur Zahirah Osman diganggu oleh saka keluarga atau makhluk halus (iblis).

“Ia menyebabkan bayi malang ini mengalami rasa penat melampau dan hilang selera makan, seterusnya kurang zat makanan. Sebab itulah tubuh badan adik Lia Nur Zahirah hanya tinggal kulit dan tulang,” katanya, semalam.

Dalam pada itu, Shamsuri turut menasihati ibu bapa supaya tidak mengamalkan teknik perubatan menjurus ke arah tahyul dan syirik, sebaliknya kembali kepada perubatan Islam.

Menurutnya, jika usaha dilakukan berjaya mengubati penyakit bayi tersebut, ia adalah satu rahmat kepada  keluarga berkenaan.

Sementara itu, ibu bayi tersebut, Marlina Ab Rahman, 33, berkata, sebelum ini dia mendapatkan tangkal daripada seorang bomoh dari Thailand.

Sejurus selepas itu katanya, anak bongsunya sukar tidur, menangis tanpa henti dan sering mendongak ke atas seakan-akan melihat sesuatu.

“Bayi seusianya sepatutnya tidur 15 hingga 20 jam sehari, namun kekurangan tidur menyebabkan badannya kepenatan seterusnya menjurus kepada masalah lain.

“Selepas mendapatkan rawatan secara Islam, saya amat gembira kerana Lia Nur Zahirah dapat tidur dengan lebih nyenyak dan kurang menangis," katanya selepas menerima sumbangan hamper makanan dan wang tunai daripada Sinar Harian dengan kerjasama beras Era Bayam Kota, Kumpulan Perumahan Rakyat Kelantan (KPRK) Berhad, Pusat Perubatan Islam al-Tobibi dan Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir