SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Gambar | Hukuman Terbaik Untuk Pencuri

Gambar | Hukuman Terbaik Untuk Pencuri

HUBEI – Seorang pencuri yang ditangkap dengan barang yang dicurinya oleh sekumpulan pengawal keselamatan di sebuah apartment, telah diikat dan digantung ke dinding selama lima jam.


Di sebelah pencuri itu terdapat satu papan tanda tertulis mengenai kesalahan yang dilakukannya.
Suspek yang berusia 34 tahun itu telah diikat kedua belah tangan dan digantung dengan tali yang dililit di bawah ketiak dan leher di dinding setinggi 20 kaki.
Bagaimanapun tindakan pengawal keselamatan itu merupakan satu kesalahan dan mereka sedang disiasat oleh polis, meskipun  mereka mendapat sokongan daripada pengurus apartment terbabit.
“Tidak kira apa yang dilakukannya, lelaki ini tidak boleh `digantung’ di khalayak ramai,’’ kata polis.
Suspek bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan kini turut ditahan dilokap.
Dalam pada itu, penduduk di apartment tersebut menyokong tindakan yang dilakukan oleh pengawal keselamatan itu, bagi menyedarkan pencuri lain agar tidak melakukan kesalahan yang sama.
“Ia merupakan satu pengajaran kepadanya,’’ katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir