SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , » Altimet Bengang Syarikat Pengurusan Bocor Single Di Radio Era

Altimet Bengang Syarikat Pengurusan Bocor Single Di Radio Era

Alamak! Apa sudah jadi? Tersedak Murai Batu apabila terbaca twit Altimet melalui lama Twitter peribadinya sebentara tadi! Menerusi akaun twitternya itu, Altimet nampaknya betul-betul bengang dengan syarikat pengurusannya apabila mendakwa lagu terbarunya telah dibocorkan ke radio.


Antara twit yang diluahkan Altimet ialah "Sorry guys. No More song, no more album, no more guest verses till my labels learn how to act ringht." Melalui tulisan itu jelas menunjukkan Altimet tidak berpuas hati dan menganggap pihak pengurusan tidak bersikap profesional.



"You bunch of incompetent troglodytes. I'm done with this bs, I'm stopping everything and all work. Shut it down."

Selain itu Altimet juga ada menyatakan rasa hairannya tentang bagaimana single terbaru beliau boleh ke udara di radio sedangkan perancangan asal ialah lagu tersebut sepatutnya dilancarkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

"Woi..siapa bocorkan single aku kat radio? Lepas raya lah konyol," luah penyanyi rap terkenal tanah air itu lagi. Bagi Murai Batu, perkara begini tidak boleh dipandang sepi kerana apabila ia melibatkan karya artis tempatan, masalah ini menjadi serius!

Bagaimanapun Murai Batu berharap agar pihak pengurusan Altimet boleh tampil memberi penjelasan mengenai perkara ini, kerana bagi Murai Batu elok jika perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan tidak berlaku lagi di masa akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir