SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » "Alhamdulillah, Itu Jodoh Mereka "- Shah Iskandar

"Alhamdulillah, Itu Jodoh Mereka "- Shah Iskandar


Semua sedia maklum pelakon jelita, Rozita Che Wan bakal berkahwin dengan aktres Zain Saidin pada penghujung tahun ini.
Berikutan berita tersebut, seorang pelakon yang pernah digosipkan bercinta dengan Che Ta, iaitu Shah Iskandar telah dikatakan cuba melarikan diri daripada aktres tersebut sewaktu bertemu di sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2012) baru-baru ini.

Bukan melarikan diri. Tapi sebab tempat tu dah sempit, jadi saya pergi ke arah sebelah hujung.
Saya dengan dia (Che Tah) okay. Sesekali kami masih berhubung di BBM. Hubungan saya dan Zain juga baik.
Sewaktu diajukan soalan, adakah Shah Iskandar merasa kecewa apabila mendapat tahu Rozita Che Wan bakal berkahwin dengan Zain Saidin?
Saya baru tahu daripada kawan-kawan. Lagipun saya baru balik dari Singapura. Kawan saya yang beritahu saya mengenai berita tu.
Saya tak terkejut. Walaupun saya dan Che Tah pernah rapat, saya tak terkejut langsung. Allhamdulillah, itu jodoh mereka. Dan mereka pun dah lama bercinta. – ulas Shah menerusi laporan MalaysianDigest hari ini.

Shahrizal Jaszle Tunda Tarikh Kahwin ????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir