SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Hiburan : Gambar - Che Ta Pilih Zain Saidin Sebagai Suami !!

Hiburan : Gambar - Che Ta Pilih Zain Saidin Sebagai Suami !!


Sekali terbaca tajuk ini, pasti ramai yang terkejut. Tetapi ia memang benar!
Mungkin ada yang tidak tahu, walaupun mempunyai beza umur 10 tahun tetapi ia tidak pernah menjadi penghalang buat pelakon, Zain Saidin yang bakal menginjak umur 29 pada tahun ini untuk mengahwini aktres pujaan ramai lelaki, Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che Ta ini.
TERKINI: Zain Saidin Sah Bakal Kahwini Che Ta?

Selepas spekulasi demi spekulasi, akhirnya segala persoalan telah terjawab apabila Zain Saidin secara terbuka mengaku bahawa dia kini sedang merancang untuk menjadikan Che Ta sebagai isteri.
“Kalau ada rezeki dan ada jodoh, kami akan berkahwin pada tahun ini,” ujar Zain yang dipetik dari portal Gua, hari ini.
Menurut pelakon kacak ini lagi, Che Ta sendiri telah pun memberikan kata putus dan mengaku mereka berdua serius antara satu sama lain.
“Che Ta (Rozita) tidak ada letak sebarang dateline kepada saya.
“Tetapi sudah tentu saya perlukan masa untuk buat persiapan. Sebabnya, saya lelaki dan saya perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan kahwin. Sebab itu saya kata, kalau ada rezeki, kami akan berkahwin pada tahun ini.
“Saya dan Che Ta memang serius. Kalau terdengar gosip tentang Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar. Dia bersama saya ketika ini.”katanya.
Tahniah diucapkan pada Zain Saidin kerana dapat memikat hati Che Ta. Habislah patah hati VIP diluar sana. Tak gitu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir