SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Hiburan : Gambar | "Bukan Gambar Bogel Pun"- Erin Malek Respon Isu Gambar Pakai Baju Tidur

Hiburan : Gambar | "Bukan Gambar Bogel Pun"- Erin Malek Respon Isu Gambar Pakai Baju Tidur

Nampaknya pemilik gambar seksi iaitu pelakon Erin Malek tidak duduk diam apabila gambar yang dimuatnaik ke instagram yang hanya memakai baju tidur dikritik hebat.


Erin ketika dihubungi berkata, “gambar itu saya tujukan untuk semua.
Erin Bergambar Sebelum Tidur Untuk Kekasih?
“Tetapi tidak pasal-pasal dikatakan itu adalah untuk teman lelaki saya.“Kalau dilihatkan gambar-gambar saya sebelum ini, memang saya selalu ‘mention’ nama teman lelaki saya tetapi berlainan apabila gambar ini dijadikan isu pula,” katanya.

Erin yang mula dikenali ramai menerusi lakonannya dalam filem Tentang Bulan turut berkata kenapa isu itu dibangkitkan sedangkan ramai lagi selebriti yang pernah memuat naik gambar yang lebih teruk daripadanya.

“Saya tidak faham kenapa isu ini seperti sengaja dibesar-besarkan sedangkan ramai lagi artis yang bergambar lebih teruk dan saya rasa ‘its not fair’.

“Bagi saya benda ini ‘its nothing’, bukannya dalam gambar itu saya pakai bra ataupun gambar bogel pun," katanya lagi.


Ketika ditanya adakah selepas ini dia akan lebih berhati-hati memuat naik gambarnya pada masa akan datang, Erin menjelaskan, “saya akan fikir panjang dulu sebelum nak ‘post’ apa-apa selepas ini dan bila jadi isu macam ini, saya rasa macam malas nak ‘post’ apa-apa gambar dalam instagram saya."

Erin sebelum ini juga pernah menimbulkan kontroversi apabila dia mengakui membuat tatu serta bertindik pada lidah tahun lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir