SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Hiburan : Gambar | "Seniman Akan Adakan Majlis Istimewa Raikan Kejayaan Shila Hamzah"-Zed Zaidi

Hiburan : Gambar | "Seniman Akan Adakan Majlis Istimewa Raikan Kejayaan Shila Hamzah"-Zed Zaidi


Berbangga dengan pencapaian yang diperoleh Shila Amzah menerusi pertandingan Asian Wave 2012, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berjanji bakal menganjurkan suatu acara yang istimewa khusus buat anak gadis ND Lala itu.
Shila Bakal Terima Habuan Dari Seniman November Ini


Malah, Zed Zaidi yang tidak berkesempatan menyambut kepulangan Shila pada petang semalam memberitahu sebuah majlis istimewa bakal diadakan pada November nanti.

"Insya-Allah, saya bersama Seniman memang ada merancang sesuatu untuk mengiktiraf kejayaan Shila. Mengikut perancangan, sebuah majlis istimewa itu akan diadakan pada bulan November nanti.

"Kami akan mengiktiraf Shila sebagai perintis artis muda serta mahu memberikan sumber inspirasi dan motivasi kepada artis yang lain. Ia juga sedikit sebanyak dapat menghargai jasa dan sumbangan Shila pada pertandingan itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir