SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Eksklusif : Isu Filem Anti Islam Innocence of Muslims | Mahkamah Tolak Permintaan Sekatan Filem Di Youtube

Eksklusif : Isu Filem Anti Islam Innocence of Muslims | Mahkamah Tolak Permintaan Sekatan Filem Di Youtube

Mahkamah Tinggi Los Angeles semalam menolak permohonan pelakon Innocence of Muslims, Cindy Lee Garcia agar treler filem itu ditarik balik dari laman YouTube.

Hakim Mahkamah Tinggi, Luis Lanvin enggan menerima permintaan yang dikemukakan oleh peguam yang mewakili Garcia.
Garcia, salah seorang daripada tiga pelakon muncul dalam filem itu, berbuat demikian atas alasan dia telah ditipu oleh penerbitnya, yang dikenali sebagai Nakoula Basseley Nakoula.

Nakoula juga dikatakan menggunakan nama Sam Bacile.

Garcia berkata dia telah diperdaya kerana semasa penggambaran filem itu, ia merupakan sebuah cerita bertajuk Desert Warriors, berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat padang pasir serta nama watak utama itu dikenali sebagai George, bukannya Muhammad.

"Permintaan untuk mendapatkan perintah menghalang sementara dinafikan," kata Lanvin.

Peguam yang mewakili pihak Google telah membantah keras cadangan yang diusulkan pelakon wanita itu.

Sementara itu, peguam Garcia, Cris Armeta berkata, pihaknya akan membalas balik bantahan itu dengan memohon injunksi baru untuk terus menghalang penayangan treler berdurasi 14 minit itu di Internet.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir