SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , » Bajet 2013 : Dua INSENTIF KHAS Buat Peminjam PTPTN

Bajet 2013 : Dua INSENTIF KHAS Buat Peminjam PTPTN


Beberapa insentif berupa pemberian diskaun akan diperkenalkan bagi memudahkan proses pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata insentif pertama adalah diskaun 20 peratus daripada jumlah pinjaman kepada peminjam yang menyelesaikan hutang sekali gus dalam tempoh setahun bermula 1 Okt 2012 hingga 30 September 2013.
“Manakala, bagi mereka yang membayar pinjaman secara konsisten mengikutjadual mulai 1 Okt 2012, diskaun 10 peratus setahun akan diberikan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Perdana Menteri turut mengingatkan para peminjam bahawa hukum membayar hutang adalah wajib dan pinjaman PTPTN merupakan satu amanah.
“Ia adalah satu keistimewaan, bukan satu hak. Jika hutang PTPTN tidak dibayar, ia akan menafikan hak-hak pelajar masa depan,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir