SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , , , » Hiburan : Gambar | Ziana Zain Pernah Buat dan Main Meriam Buluh

Hiburan : Gambar | Ziana Zain Pernah Buat dan Main Meriam Buluh


Mengimbau kenangan Syawal ketika kecil, Ziana Zain tidak boleh melupakan waktu ketika dia menyiapkan pelita untuk persiapan bagi malam tujuh likur dan bermain meriam buluh bersama sepupunya.


"Jangan tak tahu ya, walaupun saya perempuan, pelita buluh itu saya buat sendiri dan itu adalah antara perkara yang tidak mungkin dilupakan. Buat pula pada malam tujuh likur, sambil tunggu orang buat dodol, kami siapkan pelita dan lepas tu beratur nak makan dodol panas-panas.


"Lagi satu kenangan yang tidak mungkin saya lupa, kala membuat persiapan untuk meriam buluh dan karbaid. Saya dan sepupu ramai-ramai pergi cari buluh dan buat di belakang rumah, tak cukup buluh sebab dah pecah kami gantikan pula dengan paip. Kalau teringat dahulu macam tak percaya. Tapi itulah Ziana Zain masa kecil,"cerita Ziana mengenai kenangan menyambut raya di kampung ketika kecil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir