SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Berita : Gambar | Petronas Beri Makanan dan Minuman Percuma Sempena Aidilfitri

Berita : Gambar | Petronas Beri Makanan dan Minuman Percuma Sempena Aidilfitri


Petronas Dagangan Berhad (PDB) akan menyediakan makanan dan minuman percuma kepada orang ramai di 32 stesen minyak Petronas di lebuh raya dan jalan raya utama di seluruh negara bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Makanan, Minuman Percuma Di Stesen Petronas

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Amir Hamzah Azizan berkata, kempen `Petronas Coffee Break’ tersebut akan melibatkan dua fasa iaitu 15 hingga 18 Ogos ini dan 23 hingga 26 Ogos ini.
“Menerusi kempen ini Petronas menggalakkan pemandu untuk berhenti berehat serta menyegarkan diri di stesen Petronas sebelum menyambung semula perjalanan.
“Antara makanan dan minuman percuma adalah Old Town Coffee, minuman buah-buahan Tropicana Twister, Biskut Julie’s dan makanan ringan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir