SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Info : Gambar | Planet Musytari hilang dari pandangan malam ini

Info : Gambar | Planet Musytari hilang dari pandangan malam ini

Attachment berikut adalah berkenaan Fenomena Penghijaban Planet Musytari (Jupiter Occultation) oleh Bulan. Kalau 5 Jun lepas terjadinya peristiwa transit Zuhrah, satu fenomena di mana planet Zuhrah akan melintasi matahari. Akan tetapi dalam fenomena kali ini pula, Bulan seolah-olah akan melintasi planet Musytari, menjadikan planet Musytari akan hilang buat seketika akibat ditutup oleh Bulan.
Ia dijangka akan terjadi pada 12 Ogos 2012 (harus diingat 12 Ogos 2012 akan bermula sebaik sahaja tamat 11 Ogos 2012 pada jam 11:59 mlm). Ia bermula seawal jam 2:00 pagi di Semenanjung Malaysia. Walaubagaimanapun, data perkiraan bagi fenomena ini agak berbeza-beza dan menjadikan perkiraan ini tidak dapat dijangka dengan lebih tepat.

Walaupun data-data di bawah ini adalah data yang diambil menggunakan Stellarium, tidak seperti kebiasaannya data akan dikira sendiri menggunakan kaedah Astronomical Algorithm.

Pantai Timur Semenanjung

Bagi mereka yang berada di sekitar pantai timur pula, seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Musytari dan Bulan akan terbit sekitar jam 2:17 pagi, dan pada jam 2:32 pagi Bulan akan mula menutupi Musytari. Ia akan muncul kembali sekitar jam 3 pagi.

Pantai Barat Semenanjung

Bagi anda yang berada di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, ketika Bulan terbit di ufuk timur sekitar jam 2:30 pagi hari Ahad 12 Ogos 2012 nanti, Musytari sudah pun terlindung disebalik Bulan. Kelihatan di langit hanyalah Bulan sahaja. Namun, pada lebih kurang jam 3:05 pagi, secara tiba-tiba, akan muncul sinaran cahaya dari planet Musytari, dari bahagian Bulan yang gelap (Ketika itu, bulan berada di dalam fasa sabit tua).

Waktu di atas akan ada perbezaan sedikit, lebih kurang dalam seminit dua, di bandar-bandar berlainan.

Sarawak

Di Sarawak, Bulan akan terbit sekitar jam 1.51 pagi. Ketika itu, Musytari berada di bawah Bulan (belum lagi terhijab). Pada lebih kurang 2:16 pagi, barulah Musytari perlahan-lahan semakin hilang dari pandangan, dan ia akan muncul kembali pada jam 3.15 pagi.

Sabah

Bagi mereka yang berada di Kota Kinabalu, Sabah, keseluruhan fasa hilang dan munculnya Musytari ini dapat diperhatikan dengan lebih jelas. Bulan akan terbit pada jam 1:20 pagi, dengan keadaan Musytari berada di bawah Bulan. Kemudian planet ini akan hilang pada jam 2:20 pagi dan muncul kembali pada jam 3:20 pagi.

Harus ingat, setiap lokasi akan mengalami fenomena ini pada waktu yang sedikit berbeza. Pemerhatian pada fenomena ini juga bergantung penuh kepada keadaan cuaca dan langit malam. Sepanjang pemerhatian saya, langit bermula 20 Ramadhan di Kelantan sangat tidak mengizinkan pencerap untuk melakukan aktiviti, kecuali pada sebelah pagi waktu sahur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir