SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , , , » Hiburan : Gambar | Farah Diana ( Akademi Fantasia ) Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Hiburan : Gambar | Farah Diana ( Akademi Fantasia ) Selamat Lahirkan Bayi Perempuan


Penyanyi dan pengacara wanita, Farah Diana yang lahir dari rancangan nyanyian realiti, Akademi Fantasia telah pun selamat melahirkan bayi sulungnya.
Farah AF Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Farah telah pun memberikan khabar gembira menerima bayi perempuan sulungnya di laman Twitternya pada 17 jam yang lalu.
Penyanyi yang bersuara lantang itu juga turut melahirkan rasa syukur kerana berjaya menempuhi detik ketika proses melahirkan.
“Alhamdulillah. Welcome to the world princess. Farah ok dan baby juga sihat,” tulis Farah di Twitternya.
Farah yang dimasukkan ke hospital hari semalam turut berharap agar peminat-peminatnya mendoakan keadaan dirinya dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan selamat.
“Assalamualaikum..guess what??sy kini brada d labor room..tgh tggu doc dtg n check everything!doakn sy..mcm2 prasaan ada ni!hrp2 smua pn ok;),” tulisnya.
Sehingga kini, Farah belum lagi berkongsi gambar bayinya kepada umum dan tidak memberitahu nama bayi perempuannya itu.
Pastinya, kegembiraan Farah dan suaminya serta keluarga bertambah dengan kehadiran bayinya itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir