SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Berita : Gambar | Pihak Mid Valley Pasang Butang Panik di Tiang Parking Elak Rompakan

Berita : Gambar | Pihak Mid Valley Pasang Butang Panik di Tiang Parking Elak Rompakan


Pihak pengurusan pusat beli-belah Mid Valley meningkatkan aspek keselamatan di kawasan letak keretanya susulan kes rompakan baru-baru ini, telah memasang butang ‘panik’ atau ‘bantuan’ pada tiang terpilih yang bertanda ‘HELP’.

Jurucakap wanita Mid Valley City Sdn Bhd dalam kenyataan berkata bantuan segera akan diberikan sebaik butang panik itu ditekan.
Beliau berkata pusat beli-belah itu juga mempunyai perkhidmatan pengiring keselamatan 24 jam yang ditawarkan kepada pelanggan untuk mengambil kenderaan mereka.
Perkhidmatan ini boleh didapati di kaunter keselamatan di lobi letak kereta di Zon A, P1, P2, atau di kaunter maklumat dan menerusi talian hotline keselamatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir