SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , » Gadget : Gambar | Iphone Akan Datang Skrin lebih Luas

Gadget : Gambar | Iphone Akan Datang Skrin lebih Luas


Gajet keenam Apple, iPhone, mungkin mempunyai skrin yang lebih lebar daripada model sebelumnya.
“Apple bekerjasama dengan beberapa buah syarikat pembuat skrin telefon dan ukuran skrin baru itu sekurang-kurangnya empat inci pepenjuru,” kata The Wall Street Journal di dalam satu laporan dengan memetik kata beberapa orang yang mengetahui berkenaan dengan isu ini.
iPhone Ke Arah Skrin Lebih Luas

Sumber berkata, Apple kini bekerjasama dengan beberapa syarikat pembuat skrin seperti, Japan Sharp Corp., Japan Display Inc. dan termasuk dari Korea Selatan, LG Display Co., kata laporan tersebut.
Kini, skrin iPhone 4S berukuran 3.5 inci. Menurut kajian, jika Apple mengekalkan dimensi yang lain, skrin berukuran empat inci ini akan menghasilkan peningkatan sebanyak 30 peratus.
Jika diperhatikan, terlalu banyak telefon pintar yang menggunakan operasi Android Google serta berskrin luas. Lantaran itu, Apple membuat keputusan untuk menghasilkan iPhone yang berskrin luas juga, memetik dari The Wall Street Journal.
Jika semua laporan serta desas-desus ini benar, ianya menjadikan pengeluaran iPhone yang pertama mempunyai skrin lebih lebar dari 3.5 inci. Apple dijangka akan melancarkan iPhone tersebut pada musim luruh tahun ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir