SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Hiburan : Zahida Rafik elak jawab panggilan dan hanya guna Twitter sahaja

Hiburan : Zahida Rafik elak jawab panggilan dan hanya guna Twitter sahaja


Murai Batu pasti ramai media yang sedang mencari pelakon, Zahida Rafik yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang ahli politik bertaraf menteri baru-baru ini.
Zahida Rafik: Elak Media, Hanya Twitter?

Namun, Murai Batu dengar ramai pihak media yang gagal mencarinya kerana apabila dihubungi, telefon Zahida Rafik telah dimatikan dan adakalanya tidak dijawab.
Biarpun tidak mahu menjawab telefon, namun yang peliknya, Zahida rajin pula mengemas kini akaun twitter miliknya dan menjawab persoalan berkaitan isu berkenaan.

SEGMEN JOM SINGGAH BLOG SAYA KLIK DISINI-EXP 27042012

JOM SERTAI > SEGMEN JOM SINGGAH BLOG SAYA..


Dalam entri twitter miliknya baru-baru ini Murai Batu ada terbaca, dia hanya menyerahkan perkara ini kepada peguam belanya dan tidak mahu mengaku siapa selebriti wanita yang dipercayai telah dibela oleh menteri itu.
Terbaru, Murai Batu diberitahu oleh seorang rakan media yang panggilannya telah berjaya diangkat oleh nombor yang dipercayai milik Zahida Rafik.
Namun, Murai Batu diberitahu lagi yang menjawab panggilan itu bukan Zahida sebaliknya rakannya.
Rakan wanitanya itu memberitahu telefonnya ditinggalkan kepadanya kerana Zahida tiada di situ.
Pelik juga kerana tambah rakan Murai Batu itu lagi, dia diberitahu rakannya sendiri tidak tahu ke mana Zahida pergi. Biar betul?
Murai Batu pun tak pasti cerita rakan Murai Batu itu betul atau tidak, tapi itulah seperti yang didengarnya.
Amboi takanlah Zahida Rafik ingin lari daripada masalah ini, sampai telefon sendiripun ditinggalkan bersama orang lain?

SEGMEN JOM SINGGAH BLOG SAYA KLIK DISINI-EXP 27042012

JOM SERTAI > SEGMEN JOM SINGGAH BLOG SAYA..


Namun Murai Batu tidak berani untuk menuduh apa-apa, kerana mungkin dia tertekan apabila dihubungi dan ditanya ramai pihak mengenai isu sensitif itu.
Apa-apa pun, harap isu ini akan selesai dengan cepat dan kita sama-sama akan menemui jawapan siapa sebenarnya artis wanita yang dimaksudkan itu.
Murai Batu: Kalau tak jawapan telefon, jawab BBM boleh tak? sumber: (Murai.com.my)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir