SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Hiburan : Diskaun 5% untuk pembeli terawal Konsert Maher Zain Live In Malaysia 2012

Hiburan : Diskaun 5% untuk pembeli terawal Konsert Maher Zain Live In Malaysia 2012


Pada 19 November lalu, Maher Zain, penyanyi yang popular dengan lagu berunsur ketuhanan seperti "IshaAllah", "Thank You Allah", "Palestine Will Be Free" dan "Baraka Allahu Lakuma" telah berjaya membuat satu konsert yang hebat di Stadium Perpaduan Kuching.
Diskaun tiket pembeli awal konsert Maher Zain

Kini Marctensia Concerts dan Awakening Entertainment akan membawa penyanyi tersebut kembali untuk konsertnya yang kedua di Semenanjung Malaysia, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 16 Jun 2012 jam 8 malam.
Konsertnya pada kali ini bukan sahaja menampilkan lagu-lagunya yang popular, malah beliau juga akan menyampaikan lagu dari album terbarunya yang berjudul "Forgive Me", termasuk single pertama yang sedang mendaki carta iaitu "Number One For Me".
SEGMEN JOM SINGGAH BLOG SAYA KLIK DISINI-EXP 27042012

JOM SERTAI > SEGMEN JOM SINGGAH BLOG SAYA..


Konsert ini adalah sebahagian daripada konsert jelajahnya dalam mempromosikan album terbarunya dan Malaysia adalah negara pertama dalam jadual tersebut. Bagi peminat Maher yang tidak sabar untuk menyaksikan konsert itu, tiket boleh didapati menerusi pembelian secara talian iaitu di www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian 03-92228811.

Selain itu, berita baik itu para peminat setia Maher Zain. Mereka yang membeli awal berpeluang mendapat diskaun sebanyak 5% (kecuali tiket VIP) dan ia hanya boleh didapati jika peminat membeli pada tarikh 25 hingga 29 April.
Harga tiket yang dikenakan adalah seperti berikut: VIP, RM298, RM238, RM138 dan RM78. Khusus untuk pemegang tiket VIP, mereka berpeluang untuk mengambil foto secara berkumpulan bersama Maher Zain. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman facebook Marctensia Concerts Facebook fan page.

SEGMEN JOM SINGGAH BLOG SAYA KLIK DISINI-EXP 27042012

JOM SERTAI > SEGMEN JOM SINGGAH BLOG SAYA..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir