SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Hiburan : Datuk R taja Majlis Hari Jadi Rita Rudaini ke-36

Hiburan : Datuk R taja Majlis Hari Jadi Rita Rudaini ke-36


Ketika sedang berdepan dengan kemelut rumah tangga yang mencengkam, dramatis, Rita Rudaini Mokhtar yang berusia 36 tahun ini dikejutkan pula dengan gosip kononnya majlis hari jadinya pada 11 April lalu, ditaja seorang Datuk yang dikenali dengan panggilan Datuk R.
Majlis hari jadi Rita Rudaini ditaja Datuk R?
Majlis sambutan hari jadi Rita di buat di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur yang dikatakan diuruskan oleh rakan Rita. Namun menurut satu sumber yang terlibat dalam majlis sambutan itu memberitahu bahawa segala perbelanjaan majlis tersebut ditaja seorang VIP, iaitu Datuk R.
Datuk R juga dikatakan merupakan pencetus idea kek yang unik pada majlis tersebut dimana khabarnya kek tersebut bernilai hampir RM1, 000.
Ibu kepada dua cahaya mata itu ketika dihubungi nyata kecewa dengan dakwaan yang disiarkan beberapa portal hiburan tempatan. Rita yakin, dakwaan tersebut sengaja disebarkan bertujuan untuk merosakkan reputasinya.
"Saya sedih kerana dakwaan itu sangat melampau. Sedangkan majlis yang saya buat itu dengan tujuan baik. Meraikan keluarga dan rakan yang selama ini banyak membantu saya membina karier sebagai pelakon."
SEGMEN JOM SINGGAH BLOG SAYA KLIK DISINI-EXP 27042012

JOM SERTAI > SEGMEN JOM SINGGAH BLOG SAYA..


"Mengapa sekarang baru timbul cerita saya ditaja Datuk yang saya sendiri tidak kenal siapa dimaksudkan kalau tidak tujuannya mahu mempengaruhi umum membabitkan kes perceraian bakal berlangsung?"

"Taktik seperti itu sangat hina dan menjijikkan. Tidak perlu hendak memburukkan saya dengan cerita bukan-bukan. Saya tidak pernah hadap duit orang sebab saya boleh cari duit sendiri. Selama ini saya menanggung hidup dengan hasil titik peluh sendiri, termasuk menyara keluarga dan anak," katanya .



SEGMEN JOM SINGGAH BLOG SAYA KLIK DISINI-EXP 27042012

JOM SERTAI > SEGMEN JOM SINGGAH BLOG SAYA..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir