SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Berita : Pelajar Tingkatan Empat Dirogol Semasa Mengambil Buku Dalam Kelas

Berita : Pelajar Tingkatan Empat Dirogol Semasa Mengambil Buku Dalam Kelas

Malang menimpa seorang pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di bandar raya ini, apabila tindakannya kembali ke kelas untuk mengambil buku yang tertinggal bertukar tragedi apabila dia dirogol seorang rakan sekelasnya, pada Ahad lalu di Kuala Terengganu.


Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu, mangsa berusia 16 tahun mendakwa dirogol suspek yang juga berusia 16 tahun di dalam kelasnya. Sumber berkata, ketika mangsa mengambil buku, empat suspek yang dipercayai menyorok di dalam kelas sebaik menyedari kehadiran mangsa, tiba-tiba keluar. “Mangsa mendakwa seorang daripada mereka merogolnya dan dua lagi mencabulnya, manakala seorang lagi memerhatikan perbuatan terkutuk tiga rakannya.

“Semua suspek ditahan reman tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir