SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » SHARP tutup lampu neon pada papan iklan sempena kempen EARTH HOUR

SHARP tutup lampu neon pada papan iklan sempena kempen EARTH HOUR


Sempena acara sambutan Earth Hour 2012 pada 31 Mac ini, lampu pada papan iklan neon Sharp di
Wisma Bandar dekat Dataran Merdeka dan di bangunan Lembaga Getah Negara di hadapan Menara Berkembar Petronas di sini akan dipadam selama satu jam.
“Lampu pada papan iklan neon itu akan dipadam dari pukul 8:30 malam hingga 9:30 malam sebagai tanda sokongan dan penyertaan Sharp dalam acara Earth Hour 2012 itu,” kata Sharp-Roxy Sales and Services Company (M) Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu katanya, Sharp akan turut memadam semua lampu pada papan-papan iklannya di seluruh negara pada masa tersebut.
Syarikat juga akan mengedarkan lilin-lilin yang dibuat khas sempena hari yang disambut di seluruh dunia itu kepada semua petugas syarikat bagi digunakan ketika tempoh bergelap selama sejam pada 31 Mac nanti.

“Penyertaan (dalam Earth Hour) itu adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai Sharp sebagai pencipta produk-produk berteknologi hijau, yang mana ia juga menjadi sebahagian daripada falsafah jenama Sharps yang prihatin terhadap alam sekitar dan isu-isu lestari,” katanya lagi.
Bagi menyokong lagi acara Earth Hour 2012 itu, Sharp akan mewujudkan promosi mengenai acara berkenaan dengan menampal poster di semua pejabatnya dan memindah naik iklan di laman webnya di Internet. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir