SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » MediaPad 10 FHD | Tablet Saiz 10 inci Buatan Huawei Setanding Ipad??

MediaPad 10 FHD | Tablet Saiz 10 inci Buatan Huawei Setanding Ipad??


VENDOR teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkemuka, Huawei memperkenalkan tablet saiz
10 inci berkuasakan quad core pertama di dunia pada Kongres Mudah Alih Dunia (MWC) 2012 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol.
Tablet dinamakan MediaPad 10 FHD terbabit lengkap dengan ciri hiburan yang tiada tandingannya termasuk audio visual serta pemprosesan Huawei 1.5GHz quad core, sistem operasi Google Android 4.0 dan skrin paparan definisi tinggi 10 inci.

Pengerusi Peranti Huawei, Richard Yu berkata, syarikatnya membangunkan tablet yang dihasilkan berdasarkan tabiat penggunaan peranti terbabit oleh pengguna seperti aplikasi permainan, fungsi multimedia dan e-buku.

“Kami mencipta MediaPad 10 FHD yang cemerlang dalam semua keupayaan hiburan termasuk kelajuan, kuasa, web, paparan definisi tinggi dan audio kemudian membungkusnya dalam mesin padat dan mudah alih,” katanya.

Selain mampu memainkan permainan jenis tiga dimensi (3D), tablet terbabit turut membolehkan akses tanpa wayar berkelajuan tinggi sehingga 84Mbps (HSPA + 21/42/84Mbps) serta menyokong piawaian rangkaian LTE.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir