SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » iPad Terbaru – 3D, HD Dan Empat Kali Lebih Laju

iPad Terbaru – 3D, HD Dan Empat Kali Lebih Laju


Apple telah melancarkan versi terbaru iPad semalam dan antara ciri-ciri yang terdapat pada iPad kali ini adalah Full HD dengan jumlah 3.1 juta piksel dan juga cip pemprosesan yang terbaru.
iPad Terbaru - 3D, HD Dan Empat Kali Lebih Laju
Ia juga mempunyai retina display, kamera 5 megapiksel dan juga penggunaan 4G. Skrin bagi iPad terbaru ini adalah lebih tajam berbanding mana-mana televisyen HD 40-inci.
Resolusi gambar adalah sangat tajam hinggakan perkataan yang dipapar di skrin adalah lebih tajam berbanding perkataan yang dicetak di kertas.
‘Gadget’ terbaru dari Apple ini akan mula dipasarkan di Amerika Syarikat pada 16 Mac bermula dengan harga AS$499 hingga AS$829.
Cip pemprosesan iPad ini berfungsi bagi memproses permainan 3D seperti Sky Gamblers, dengan 50 kapal terbang ‘berperang’ di skrin pada satu masa.
Walau bagaimanapun, nama alat ini bukanlah iPad 3 atau iPad HD seperti mana yang telah diramal. Ia mungkin digelar sebagai ‘the iPad’ atau ‘the new iPad’.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir