SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Abby Abadi tampil dengan wajah bertudung selepas balik dari Umrah

Abby Abadi tampil dengan wajah bertudung selepas balik dari Umrah


Pelakon wanita, Abby Abadi tampil manis dengan bertudung sekarang ini selepas selamat pulang
dari menunaikan ibadah umrahnya pada 15 Mac hingga 26 Mac yang lepas.
'Penghijrahan' Abby Abadi
Abby telah berkongsi perkhabaran gembira tentang penghijrahan dirinya itu kepada peminat-peminatnya menerusi laman sosial miliknya, Facebook dan Twitter.
Malah, Abby juga banyak memuat naik gambar-gambar terbarunya di pelbagai lokasi sepanjang menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah.
“Assalammualaikum, pe khabar? Tq ALLAH. Sy dah selamat smpai rumah & Syukur sy dah b’hijrah’ ke arah yang lebih baik. Mis U olls!” tulis Abby yang dipetik dari ruangan blog gosip Beautifulnara.com.
Di awal mengambil keputusan untuk memakai tudung, Abby mengakui dirinya sedikit gusar untuk melakukan perubahan diri kerana bimbang penghijrahan itu tidak akan kekal lama.
Namun, berkat doa sepanjang dia berada di Mekah, Abby nekad untuk memakai tudung dua hari sebelum pulang ke tanah air.
“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekaligus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini,” kata Abby.
Selain itu, Abby berharap penghijrahan yang membawa kebaikan kepada dirinya tidak akan menyebabkan sebarang masalah timbul kepada orang sekelilingnya lebih-lebih lagi dia yang bekerja sebagai seorang artis untuk mencari rezeki yang halal.
“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir