SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Tuah Dang Suria terkenal di Google | Kutuk Peserta dalam rancangan On-Air

Tuah Dang Suria terkenal di Google | Kutuk Peserta dalam rancangan On-Air


ASelepas ‘panas’ dengan kontroversi memberikan komen yang ‘celupar’ dan pedas kepada peserta-
peserta yang mencuba nasib dalam rancangan realiti Astro, On Air, tahap populariti pengacara terkenal, Dang Suria tidak terhenti di situ sahaja.

< BUAT DUIT SAMBIL MAIN FB DAN BLOG- KLIK SINI >

Dang Suria Popular Dalam GOOGLE Sebab On Air
Ternyata, tindakan Dang Suria yang berani ‘mati’ mengutuk penampilan dan fizikal peserta ujibakat rancangan itu menyebabkan namanya terus meniti di bibir-bibir peminat seni tanahair.
Dalam laporan New Straits Times, Dang Suria mendapat kedudukan yang ketiga antara sepuluh kedudukan nama-nama yang dicari dalam enjin pencarian GOOGLE.
Kedudukan Dang Suria dalam enjin pencarian itu di katakan sering di cari oleh orang ramai selepas rancangan realiti itu ditayangkan pada 8 Januari bulan lalu.
Dalam kedudukan pencarian lain, isu kematian penyanyi wanita Taiwan, Feng Fei Fei mendapat kedudukan pencarian yang pertama dan diikuti oleh mendiang Whitney Housten.
Selain itu, gadis Youtube yang menjadi fenomena terbaru, Tasha Manshahar berjaya meraih di kedudukan yang keenam selepas karya nyanyiannya mendapat kunjungan orang ramai di Youtube dalam masa satu hari dan mengalahkan pelakon lelaki Vanilla Coklat, Aiman Hakim Ridza yang berada di kedudukan kesembilan.

< BUAT DUIT SAMBIL MAIN FB DAN BLOG- KLIK SINI >
Ternyata, tidak sia-sia usaha dan tindakan Dang Suria yang ‘mencuba’ mendidik bakat-bakat baru dengan mulut ‘celuparnya’ itu hinggakan dia menjadi terkenal dalam GOOGLE.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir