SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Nikotin PERCUMA buat KAKI ROKOK

Nikotin PERCUMA buat KAKI ROKOK

Peningkatan jumlah perokok dan penghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) akibat tabiat itu
menyebabkan semalam Kementerian Kesihatan mengumumkan langkah pemberian nikotin percuma kepada mereka yang mahu berhenti merokok. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pemberian nikotin percuma melalui program berhenti merokok itu akan membabitkan lebih 800 klinik kesihatan dan 135 hospital kerajaan.
Langkah itu bertujuan mengekang pertambahan perokok yang kini mencecah 20 peratus
daripada jumlah penduduk Malaysia atau kira-kira 5.6 juta orang, selain menangani masalah rokok seludup yang kini 40 peratus di pasaran.
Katanya, pemberian nikotin percuma itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan memerangi tabiat merokok menerusi kempen antirokok yang sedang digariskan kementerian. Usaha itu juga menggabungkan kaedah kaunseling bagi memastikan individu tidak kembali merokok. 

“Saya sudah arahkan Ketua Pengarah Kesihatan (Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman) supaya apabila pesakit yang merokok datang ke hospital dan klinik kerajaan, galakkan mereka menjalani program kurangkan ketagihan rokok itu.
 

“Program ini percuma untuk semua perokok dan kita harap mereka ambil peluang ini. Usaha ini untuk kurangkan NCD selain membantu mereka mengurangkan ketagihan merokok, seterusnya berhenti,”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir