SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Manusia lebih bodoh daripada LEMBU jika..

Manusia lebih bodoh daripada LEMBU jika..

Sebodoh-bodoh lembu yang menang pertandingan lembu paling bodoh di dunia itu masih ada
manfaatnya kepada manusia yang bodoh. Tetapi, manusia yang bodoh langsung tidak dapat memberi manfaat kepada lembu yang bodoh itu.




Lembu yang bodoh itu boleh disembelih. Daging lembu yang bodoh itu masih boleh dibuat makan. Susu lembu yang bodoh itu boleh dibuat minum. Tulang lembu yang bodoh itu boleh dibuat sup. Lembu yang bodoh itu boleh dijadikan lauk kenduri. Lembu yang bodoh itu boleh diternak dan dijual. Lembu yang bodoh itu juga boleh dijadikan sumber rezeki kepada manusia yang bodoh.

Tapi, manusia yang bodoh langsung tidak dapat memberi manfaat kepada manusia lain. Manusia, hendak disembelih tak boleh. Hendak dimakan dagingnya, tak boleh. Yang boleh, mungkin cuma susu. Itupun jika dia wanita. Kepada sesama manusia pun tak dapat memberi manfaat. Apatah lagi kepada lembu yang vegetarian tu.



Antara Orang Paling Cerdik Dan Bodoh

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi :


Maksudnya : Orang yang cerdik ialah orang yang selalu menghitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesudah mati sedangkan orang yang bodoh ialah orang yang selalu mengikuti hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah (untuk mendapat kebahagiaan dan pengampunan tanpa beramal soleh) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir