SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Proton Saga FLX S.E Boleh Ditempah Hari Ini

Proton Saga FLX S.E Boleh Ditempah Hari Ini


Model terbaru Proton Saga FLX S.E menawarkan kelebihan  penggunaan minyak yang menjimatkan, ia
juga menawarkan ruang dalam dan tempat barangan belakang yang lebih selesa dan luas. Selain itu, sejak Saga baru dipekenalkan bermacam-macam perubahan telah Proton lakukan demi kebaikan untuk pelanggannya.
Sekali lagi, Proton Holdings Bhd. (Proton) terus menunaikan janjinya untuk menyediakan kenderaan berkualiti pada harga mampu milik dengan pelancaran varian terbaharu Saga, Saga FLX SE. Proton Saga FLX SE yang ditawarkan pada harga RM49,449 seunit itu menggunakan enjin Campro IAFM 1.6 liter dilengkapi transmisi Continuous Variable Transmission (CVT) automatik yang menawarkan penggunaan bahan api yang lebih cekap.
Model baru Saga FLX SE direka untuk generasi muda yang kini mempunyai pilihan untuk memiliki kenderaan yang bukan sahaja mampu milik tetapi menawarkan prestasi mantap. Pengenalan varian ini mengukuhkan kedudukan Saga sebagai kenderaan pilihan yang memberikan lebih nilai kepada pelanggan dengan penjimatan bahan api, prestasi lebih baik serta kualiti pemanduan yang hebat dan selesa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir