SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Salakan anjing selamatkan pesakit mental yang dikurung

Salakan anjing selamatkan pesakit mental yang dikurung

Salakan anjing berulang-ulang kali berjaya menyelamatkan empat pesakit mental
yang dikurung di sebuah bilik bawah tanah di sebuah pangsapuri oleh satu sindiket yang terlibat dalam penculikan dan penipuan.

Anjing Selamatkan Pesakit Mental Yang Dikurung
Perkara berkenaan terbongkar selepas pemilik rumah tersebut yang curiga dengan salakan anjing, membuat pemeriksaan di rumahnya dan menemui pesakit mental berkenaan dalam keadaan menyedihkan dan kekurangan makanan dalam bilik yang sempit itu.
Salah seorang pesakit mental itu dirantai manakala yang lain dikurung dalam bilik yang tidak mempunyai tandas.
Salah seorang pesakit mental tersebut, Herbert Knowles yang berasal dari Virginia, mempunyai pemikiran seperti budak berusia 10 tahun.
Knowles dilaporkan hilang pada 2008 selepas pekerja sukarela gagal mengesannya.
Berikutan itu, polis menahan seorang wanita, Linda Ann Weston, 51, dan dua lagi suspek yang disyaki terlibat dalam penculikan berkenaan.
Siasatan awal mendapati, Weston, pernah dihukum penjara lapan tahun pada 1985 kerana membiarkan seorang lelaki mati akibat kebuluran, kira-kira 30 tahun lalu.
Dua lagi suspek ialah Gregory Thomas, 47, dan Eddie Wright, 50.
Ketiga-tiga mereka didakwa terlibat dalam konspirasi jenayah dengan melalukan kekerasan dan penculikan.
Polis kini menjalankan siasatan sama ada pesakit mental itu diculik bagi tujuan mendapatkan wang bantuan mereka.
Pihak berkuasa percaya terdapat kira-kira 50 mangsa penjenayah berkenaan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir