SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , » Remaja lelaki maut dipanah petir ketika berteduh bawah pokok kelapa

Remaja lelaki maut dipanah petir ketika berteduh bawah pokok kelapa

Seorang remaja lelaki maut dipanah petir ketika berteduh di bawah pokok kelapa,
kira-kira 500 meter dari rumahnya ketika hujan di Kampung Alor Kumbang, Bukit Jenun ,petang Selasa.
Gambar hiasan semata...

Kejadian pada pukl 6.15 petang itu menyebabkan Mohd Helmi Omar, 17, mati di tempat kejadian.
Mohd Helmi dikatakan keluar rumah kira-kira pukul 4 petang untuk membantu bapa saudaranya di sawah dan pulang satu jam setengah kemudian sebelum keluar semula pada pukul 6 petang semasa hujan untuk melihat bapa saudaranya di sawah.
“Tidak lama kemudian abang saya pulang memberitahu Mohd Helmi terkena petir di bawah pokok kelapa,” kata bapa remaja itu, Omar Daud, 45, kepada Bernama ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Yan.
Omar berkata jenazah anaknya akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Masjid An-Nur Bukit Jenun
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir