SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI SR j-QAF Ambilan Januari 2012

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI SR j-QAF Ambilan Januari 2012




Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi,
berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SRj-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru.
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) j-QAF ini merupakan program secara Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) yang mengambil tempoh masa selama satu tahun enam bulan.
Nak tahu lebih lanjut KLIK BANNER BAWAH INI
Permohonan KPLI

Syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Calon hendaklah sihat fizikal dan mental
  3. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2012 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1977.
  4. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
  5. Ijazah tersebut mestilah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di Semakan Pengiktirafan Kelayakan.
  6. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.
more info : KLIK http://www.moe.gov.my ( gunakan internet explorer yer)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir