SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Perkahwinan membosankan- Pitt

Perkahwinan membosankan- Pitt




 “Kehidupan saya amat membosankan dan perkahwinan itu salah satu daripadanya,” itu ungkapan pertama Bratt Pitt ketika mengulas mengenai perkahwinannya
dengan Jennifer Aniston.
Pitt Anggap Perkahwinan Dengan Aniston Membosankan
Namun perkara paling bijak yang dilakukannya ialah menjadikan Angelina Jolie sebagai ibu kepada anak-anaknya.



Itu penghargaan yang diberikan Pitt kepada Jolie dalam temu bual dengan sebuah majalah di Amerika Syarikat, Parade.
Menurut pelakon berusia 47 tahun itu, dia cuba mencari watak yang mencabar dan menarik, namun kehidupannya dalam perkahwinan itu tidak mampu memberikan tarikan kepadanya.
“Saya rasa perkara itu ada kaitan dengan perkahwinan saya,” katanya.
Pitt mengahwini Aniston pada tahun 2000 selepas menjalinkan hubungan dengan bekas pelakon Friends itu pada 1990-an, namun mereka bercerai selepas Pitt membintangi filem Mr and Mrs Smith bersama Jolie.



Pengakuan berkenaan bakal memberikan tamparan kepada Aniston, yang kini terpaksa berdepan dengan berita ibunya, Nancy, 75, berada dalam keadaan kritikal selepas diserang strok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir