SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Pas buat debat kemerdekaan dengan UMNO

Pas buat debat kemerdekaan dengan UMNO




PAS bersetuju dengan pandangan segelintir pihak bahawa sejarah kemerdekaan negara ini perlu dikaji semula, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Ia kerana, dakwa Ketua Penerangan PAS Pusat itu, terdapat fakta yang
dihilangkan dalam sejarah kemerdekaan negara menyebabkan kajian perlu dilakukan semula.


PAS Setuju Sejarah Kemerdekaan Dikaji Semula
“Perkara ini dilihat semakin perlu hari ke hari, lebih-lebih lagi dalam keadaaan rakyat terutamanya pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan tidak pasti sama ada perkataan ‘Merdeka’ patut digunakan bersama tarikh 31 Ogos 1957.
“Hal ini berlaku apabila Majlis Professor Negara (MPN) telah secara tegas dan yakin menyatakan secara teknikalnya bahawa negara ini tidak pernah dijajah,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mengulas isu berkaitan, Tuan Ibrahim mendakwa, tindakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sanggup berdebat dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengecewakan banyak pihak.



Dakwa beliau, debat yang dicadangkan PAS berbentuk ilmiah dan bukan mencari siapa menang siapa kalah tetapi untuk rakyat menilai hujah mengenai tafsiran sejarah pra-kemerdekaan masing-masing.
Justeru, kata beliau, tiada apa yang harus ditakutkan oleh mana-mana pihak oleh kerana debat ilmiah tersebut bersifat terbuka kepada rakyat.
Malah, dakwanya, orang ramai mahu mendengar hujah dari kepimpinan kedua-dua parti politik berhubung isu tersebut. – mynewshub.my


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir