SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Jualan "Crazy Sales" Lowyatt hanyalah perangkap

Jualan "Crazy Sales" Lowyatt hanyalah perangkap


Bermula  15 September hingga 18 September pelanggan boleh mendapatkan beberapa gajet pada harga terendah
seperti iPad 2 yang ditawarkan pada harga RM750 di Plaza Lowyat. 
ohgeekz-lowyat-crazy-sales-1
Seperti semua sedia maklum, Plaza Lowyat merupakan plaza tumpuan orang ramai terutama penduduk ibu kota untuk mendapatkan gajet idaman masing-masing. Untuk menyambut ulang tahun ke-11 Plaza lowyat, mereka telah mengadakan Crazy Sales dimana pelanggan boleh membeli pelbagai barangan pada harga terendah.

Antara barangan yang ditawarkan ialah iPad generasi pertama pada harga serendah RM480, iPad 2 pada harga serendah RM750, DroidPad daripada CSL pada harga cuma RM11, Sony PSP Go pada harga serendah RM250, Acer Aspire One pada harga RM259, Nintendo DS Lite pada harga cuma RM150, serta beberapa barangan tambahan lain pada harga serendah RM1.

Melalui tweet beberapa geeks, sepertinya pelanggan perlu membelanjakan minimum RM50 di kedai terpilih dan perlu melalui cabutan bertuah untuk melihat barangan apa yang layak untuk dibeli pada harga terendah termasuk iPad 2. Bagi anda yang ingin mendapatkan barangan pada harga yang murah sila lah terjah Plaza Lowyat mulai 15 September hingga 18 September.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir