SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Gambar Perkahwinan Eira Syazira dan Azad Jazmin ( 3 Gambar )

Gambar Perkahwinan Eira Syazira dan Azad Jazmin ( 3 Gambar )


Eira Syazira, 27 tahun dan Azad Jazmin John Louis Jeffri, 35 tahun selamat diijabkabulkan sekitar
jam 8.50 malam dengan sekali lafaz saja. Tema majlis nikah mereka malam ni ialah cermin dan kristal, warna merah putih dan silver.
Sebelum tu pasangan ini sudah menjalani sesi fotoshoot untuk gambar pra perkahwinan mereka yang dibuat di sekitar Putrajaya. Eira dan Azad  memakai busana dan baju dari tajaan Hairi Tajuddin.




Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Shuhaimi Acheh dengan mas kahwin sebanyak RM 300. Jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
Eira menerima sembilan dulang hantaran seperti, jam tangan, beg tangan, kasut, cincin, sirih junjung, minyak wangi, sejadah, Al-Quran, dan iPad, manakala Azad mendapat 11 hantaran seperti, minyak wangi, Al-Quran, jam, baju Melayu, set penjagaan diri, kemeja, sejadah, kasut, coklat, cincin, sirih junjung dan jersi dan topi jenama Chelsea.
Azad dan Eira akan berbulan madu di Bali dan Jakarta pada November depan.



Gambar kahwin Eira Syazira dan Azad Jasmin
Tajaan pakaian ialah dari Wan Pa dan Zaha Wedding Planner dari Ipoh untuk majlis akad nikah dan persandingan mereka yang berkonsepkan cermin kristal dan bunga ros.



atau KLIK SINI

Majlis resepsi Eira kemungkinan diadakan di Putrajaya pada 17 September 2011, manakala majlis sebelah Azad ialah pada 26 September di Pulau Pinang. Respsi di Pulau Pinang bertemakan Bollywood mendapat tajaan dari Jalinan Kasih.







atau KLIK SINI

Swweet kan..sama padan..sama cantik..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir