SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Datuk mati langgar Porsche

Datuk mati langgar Porsche




Seorang ahli perniagaan maut selepas kenderaan jenis Mitsubishi yang dipandunya bertembung dengan sebuah Porche dalam kemalangan di Kilometer 134, Jalan
Kuala Terengganu-Kuantan,

gambar hanya bayangan semata-mata

Dalam kemalangan jam 11 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Datuk Abu Bakar Kamar@Kamal, 61, beralamat di Lot No. 35D, Jalan Besar, Dungun dan dia yang tersepit di tempat duduk pemandu meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, kemalangan berlaku apabila kenderaan yang dipandu mangsa terbabas selepas cuba memotong sebuah kenderaan lain.

Menurutnya, kereta mangsa kemudian bergesel dengan sebuah Proton Wira dari arah bertentangan sebelum melanggar kereta Porsche terbabit yang berada di belakang kereta Proton Wira berkenaan.



 


Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari rumahnya ke Chukai, Kemaman bagi menguruskan perniagaannya di sana.

Abdullah Sani berkata, laporan bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat patah tulang rusuk dan mengalami pendarahan dalaman yang serius.


Difahamkan pemandu Porche berkenaan cedera ringan dan diberikan rawatan sebagai pesakit luar.

Pesanan c.z : hati-hati ketika memandu ya...semoga selamat sampai dan tiba di destinasi  dituju...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir