SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Berita Baik : Diskaun Tol Raya Tahun ni

Berita Baik : Diskaun Tol Raya Tahun ni



Sebanyak 24 lebuh raya di seluruh negara akan menawarkan diskaun dan rebat tol di antara lima hingga 37.5 peratus kepada pengguna sempena sambutan Hari Raya
Aidilfitri pada 30 dan 31 Ogos ini.


                                  
                                hot star    Diskaun RM 400 untuk Handphone HTC : KLIK SINI hot star
                  hot starERA nak datang rumah anda : KLIK SINI hot star
        hot starMenang RM 1000 dan muncul dalam klip video : KLIK SINI hot star

Tawaran diskaun tersebut boleh dinikmati pengguna bermula 24 Ogos nanti apabila ada di antara lebuh raya berkenaan akan menggunakan kadar murah itu bermula tarikh tersebut.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, program itu melibatkan 22 buah syarikat konsesi yang menggunakan peluang tersebut untuk menunaikan tanggungjawab sosial korporat syarikat masing-masing.
“Kesemua diskaun dan rebat tol yang ditawarkan berkenaan dianggarkan berjumlah RM6.8 juta, berbanding RM3 juta yang telah diberikan sempena sambutan Aidilfitri tahun lalu,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Keselamatan Aidilfitri peringkat Kementerian Kerja Raya di Plaza Tol Lagong Lebuh Raya Guthrie dekat sini semalam.
Sementara itu, kata Shaziman, pengguna Lebuh Raya KL-Kuala Selangor (Latar) masih boleh menggunakan laluan berkenaan secara percuma apabila pihak pengurusan lebuh raya itu bersetuju untuk melanjutkan tawaran tersebut sehingga 31 Ogos ini.
Beliau turut mengumumkan mengenai pembukaan sebahagian daripada jajaran Lebuh Raya Timur Fasa 2 pada 22 Ogos ini yang melibatkan tiga laluan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir