SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Maut : Wanita Sarat Mengandung

Maut : Wanita Sarat Mengandung

Ajal tiba tanpa diduga....semuanya terletak dalam kekuasaannya...moga diberi kekuatan pada mereka yang ditimpa musibah untuk menghadapinya.

Seorang wanita yang sarat mengandung maut manakala suami dan bapa mertuanya parah apabila kederaan yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan
dengan lori pasir di persimpangan lampu isyarat Taman Selasih, Shalini Mohd Yusof, 26, mati di tempat kejadian manakala suaminya Norhusaini Normadi Hamdan, 26, dan bapa mertuanya Hamdan Abdullah, 61, cedera parah dan dirawat di Hospital Kulim.
Wanita Sarat Mengandung Maut

“Kenderaan yang dinaiki keluarga itu dari arah Taman Selasih berhenti menunggu lampu hijau apabila lori membawa pasir yang dipercayai dipandu laju dari arah Kampung Air Merah membelok ke kiri arah Taman Selasih lalu terbabas dan terbalik menghempap Toyota Hilux berkenaan.
“Kejadian itu menyebabkan pasir yang dibawa lori terbabit tumpah di atas jalan raya lalu menimbus Toyota Hilux itu,”
anggota bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan yang ditimbusi pasir itu.

p/s: Jangan ikut lori terlalu dekat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir