SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Love My Tut....Hampeh

Love My Tut....Hampeh


Biasanya apabila pulang dari lawatan ke mana-mana destinasi kita akan membeli pelbagai cenderamata untuk diberikan kepada rakan-rakan atau ditunjukkan kepada keluarga dan rakan-rakan sambil bercerita dan berkongsi pengalaman yang dilalui di rantau orang.
Antara cenderamata yang popular ialah magnet yang biasanya diletakkan di peti sejuk, topi, baju-T atau rantai kunci. Namun penulis mempunyai cenderamata lain untuk ditunjukkan kepada rakan-rakan – ia adalah kotak gula-gula getah atau chewing gum.
Ketika di Portland sebuah negeri di pantai barat Amerika Syarikat (AS) penulis berkunjung ke Powell’s City of Books, kedai buku yang dikatakan terbesar di AS dan di dunia kerana koleksi berjuta-juta buku yang banyak dan pelbagai dari seluruh dunia.
Powell’s menjual buku-buku baru dan terpakai serta buku-buku yang sukar ditemui di kedai-kedai buku yang lain. Di tengah bandaraya Oregon, Portland kedai buku Powell’s yang terletak di Burnside melibatkan satu blok seluas 68,000 kaki persegi dengan lebih sejuta buku terdiri daripada 122 subjek dan 3,500 bahagian.
Pintu masuk kedai buku Powells di Portland
Pintu masuk kedai buku Powells di Portland
Lebih 3,000 orang mengunjungi Powell’s City of Books setiap hari sementara 80,000 penggemar buku lain di seluruh dunia meninjau koleksi buku Powell’s melalui Internet setiap hari. Washington Post menyifatkan Powell’s sebagai kedai buku terbaik di dunia.

Sticker Kedai Buku Powell's di Portland, Oregon, AS
Sticker Kedai Buku Powell's di Portland, Oregon, AS

Di Portland sahaja, Powell’s mempunyai lima cawangan dengan salah satu kedai buku menjual hanya buku-buku teknikal sementara sebuah lagi kedai buku merupakan khusus untuk buku-buku berkaitan kediaman dan taman. Rangkaian kedai buku Powells mempunyai laman blognya sendiri di http://www.powells.com/blog.
Ketika berkunjung ke Powell’s penulis bagaimanapun tidak membeli sebarang buku tetapi apa yang menarik perhatian adalah chewing gum yang dijual di Powell’s yang mengandungi pelbagai mesej-mesej 18SX di kotaknya. Penulis sempat membeli dua kotak chewing gum yang tertulis perkataan I Love My Penis dan My New Personal Motto! Fuck It.
Satu lagi kotak chewing gum dari kedai buku Powell's
Satu lagi kotak chewing gum dari kedai buku Powell's
Setiap kotak chewing gum berkenaan berharga AS$1.25 atau hampir RM4 setiap satu dengan lapan keping chewing gum yang kecil.

bahagian belakang kotak chewing gum
bahagian belakang kotak chewing gum
Apabila ditunjukkan kepada  rakan-rakan penulis, ramai  yang begitu tertarik dengan kotak chewing gum ini dan terus mengambil gambarnya dan menjadikannya gambar profile bagi laman web sosial facebook masing-masing.
Kotak chewing gum berkenaan kini disimpan sebagai kenang-kenangan untuk ditunjukkan kepada rakan-rakan. Penulis tidak pasti sama ada chewing gum berkenaan ada dijual di Malaysia kerana tidak pernah melihatnya.
Namun, jika ia dijual sekalipun pasti ia tidak akan diterima oleh pihak-pihak tertentu kerana mesej-mesej yang kurang sopan apa lagi untuk mereka yang di bawah umur. – Rohani Ibrahim. (Yang mengikuti program dasar luar di AS baru-baru ini).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir