SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Bersih 2.0 Ada Konsert..Jom Pakat Pi Ramai2

Bersih 2.0 Ada Konsert..Jom Pakat Pi Ramai2

Para peminat Sweet Charity dan Blues Gang terpaksa melupakan sementara impian menonton Konsert 2 Raksasa yang sepatutnya dijayakan oleh dua kumpulan itu di Stadium Merdeka di sini pada 9 Julai ini gara-gara perhimpunan haram Bersih.
Tunda disebabkan demo bersih



Menurut wakil pihak penganjur, Nor Azman Hashim, konsert yang mengenakan tiket
berharga RM73 itu terpaksa ditunda ke suatu tarikh lain selepas mendapat nasihat daripada pihak polis bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
“Konsert ini terpaksa ditunda kerana ia berlangsung serentak pada hari penganjuran perhimpunan haram Bersih anjuran pakatan parti pembangkang.
Kami difahamkan banyak lagi acara lain yang diadakan pada hari itu turut dibatalkan atas nasihat daripada pihak polis.
“Bagaimanapun, kami akan mencari tarikh baru untuk konsert itu nanti. Kami harap para peminat bersabar kerana kami telah membuat perancangan rapi tetapi apakan daya kami terpaksa akur dengan arahan polis kerana faktor-faktor keselamatan,” katanya.
Konsert 2 Raksasa merupakan yang terbaru dijayakan oleh Sweet Charity yang popular dengan lagu Kamelia bersama Blues Gang yang terkenal menerusi lagu-lagu blues seperti Apo Nak Dikato selepas konsert yang mereka adakan pada tahun 1984 juga di Stadium Merdeka.
c.z : orang lebih nak join bersih daripada g tengok konsert..hebat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir