SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » Zizan Dan Linda Onn Bercinta????

Zizan Dan Linda Onn Bercinta????

KEGEMBIRAAN jelas tergambar di wajah Mohd Razizan Abd Razak atau Zizan sebaik melangkah masuk ke bilik utama pusat hiburan sekeluarga Red Box The Garden, Mid Valley.
Kira-kira 20 peminat bertuah berpeluang meraikan pelawak popular itu sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-27 yang dipilih menerusi JomChat, Harian Metro, turut berkongsi detik gembira itu. Majlis berlangsung pada 14 April lalu dianjurkan Harian Metro dan IDOTTV dengan kerjasama kelab peminat Zizan.
Apatah lagi pada malam itu, pemenang Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) pada 3 April lalu, pertama kali menyambut ulang tahunnya secara besar-besaran. Ia diraikan bukan saja ahli keluarga tetapi hampir 50 peminat bertuah termasuk anggota Zizan Fan Club dan Jozan Fan Club.

Menambah kemanisan majlis apabila penyampai radio Suria FM, Linda Onn turut muncul meraikan Zizan yang baru saja memikul tanggungjawab sebagai pengacara Melodi. Bertindak ‘sporting’, Linda tidak keberatan bersama-sama Zizan dan keluarganya untuk upacara memotong kek.

Bukan itu saja, Linda turut menyuap�kan secubit kek ke mulut Zizan seperti apa yang diminta tetamu. Aksi romantis dua personaliti popular itu pastinya bakal mengundang gosip cinta.

“Janganlah gosipkan kami, saya menghormati Linda sebagai rakan. Lagipun, soal teman wanita dan berkahwin belum lagi ada dalam kamus hidup saya. Walaupun malam ini usia sudah mencecah 27 tahun, banyak lagi perkara yang perlu saya berikan perhatian. Terutama membabitkan kerjaya.

“Saya menyasarkan akan mendirikan rumah tangga apabila usia menganjak 30 tahun. Bagaimanapun, saya tahu soal jodoh maut semuanya dalam perkiraan Allah. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang namun segalanya adalah ketentuan-Nya,” katanya.


Zizan mengakui benar-benar terharu apabila ulang tahunnya disambut dengan sebegini hebat, terutama apabila peminat yang selama ini menyokong dengan memastikan kerjaya seninya terus berkembang, turut berada bersamanya malam itu.


“Seingat saya, belum pernah lagi saya diraikan dalam majlis begini. Gembira ada, terharu pun ada. Bayangkan saya sendiri tidak pernah bertemu dengan peminat bermula dengan penyertaan saya dalam pertandingan Raja Lawak musim pertama sehinggalah sekarang.


“Sepanjang lima tahun membabitkan diri sebagai pelawak, pengacara dan pelakon, banyak impian saya menjadi kenyataan kerana mereka. Malam ini, istimewa kerana peminat sendiri meraikan saya,” katanya.


Bercerita lanjut mengimbau perjalanan kerjaya seninya jelas Zizan, dia berasakan segala berlaku begitu pantas. Jejaka berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu itu tidak pernah termimpi akan memperoleh kedudukan dalam dunia hiburan seperti hari ini.


“Tidak dinafikan semuanya bermula apabila memenangi Favourite TV Personality di Shout! Awards. Sejak itu kerjaya seni saya meluncur laju dengan pelbagai tawaran datang termasuklah dilamar TV3 untuk mengendalikan Melodi bersama Dhira. Selain itu saya turut menga�carakan rancangan realiti pencarian bakat Raja Lawak. Saya juga turut dilamar berlakon filem dan terbaru apabila memenangi anugerah Artis Komedi Lelaki Popular di ABPBH 2010.


“Saya tidak fikir pun akan bergelar pelawak kerana mengikut perancangan, saya mahu bergelar penya�nyi dan pernah menghadiri uji bakat Akademi Fantasia namun tidak berjaya. Panggilan telefon dari pihak pengurusan Astro yang mahu saya menghadiri uji bakat menyertai Raja Lawak sebenarnya menjadi titik perubahan.


“Masih segar dalam inga�tan waktu itu, saya tidak punya wang dan hampir terlepas menghadiri sesi uji bakat dijalankan. Sebagai bekas pelajar yang belum mempunyai kerjaya tetap sudah tentu saya tidak mempunyai wang cukup untuk membeli tiket kapal terbang untuk ke Kuala Lumpur.


“Pengorbanan ibu dan ayah tidak pernah saya lupakan. Mungkin kerana restu mereka dan wang yang diberikan membolehkan saya berjaya hingga ke hari ini,” katanya.


Sepanjang pembabitan Zizan dalam bidang seni, selain menjadi pengacara Zizan juga sudah membinta�ngi beberapa filem antara�nya, Duhai Si Pari-Pari dan Lu Pikirlah Sendiri de Movie. Sementara masih menunggu tayangan Kapoww!! Atoi, Hantu Bonceng, KL Gangster, Baik Giler dan Bohsia 2: Jalan Kembali.


Selain itu Zizan turut me�ngembangkan bakat sebagai penyanyi apabila muncul dengan lagu duet bersama Dina, Selamat Tinggal. Membanggakan apabila ia mendapat sambutan cukup menggalakkan dan kini menduduki carta atas lagu popular.


“Memang saya mahu menjadi penyanyi pada asalnya tetapi lain yang dirancang lain pula yang jadi. Begitupun impian itu tidak pernah luput daripada ingatan.


“Kebetulan peluang diberi dan saya mencuba. Tidak sangka orang suka. Sewaktu lagu itu disiarkan saya sudah bersedia untuk dikritik tetapi tidak sangka ia mendapat komen baik. Ramai yang suka. Saya pula hanya menga�lunkan rap dalam lagu itu.


“Pada saya, itu satu percubaan yang menarik. Apabila mahu menyanyi saya harus mencuba sesuatu yang berbeza kerana untuk me�nyanyi rasanya ada ramai lagi penyanyi bagus. Begitupun sekiranya ada yang mahu saya menyanyi mungkin saya akan lakukan pada masa akan datang,” katanya.


Pada malam itu, rakan lawaknya dalam Maharaja Lawak, Johan turut hadir. Walaupun sedikit lewat kerana mahu membuat kejutan tetapi ia menambahkan lagi kemeriahan. Johan bersama isteri juga dramatis, Ozlyn, turut ditemani pelakon jelita Natasha Hudson tampil de�ngan kek istimewa berbentuk kasut.


Bertemakan rona merah dan hitam, aktiviti bersama peminat seumpama ini adalah yang pertama diadakan JomChat sejak ia dilancarkan pada 14 Mac lalu. Menghangatkan suasana pelbagai hadiah menarik turut disediakan kepada mereka yang bertuah menyertai pertandi�ngan karaoke, pakaian terbaik lelaki dan perempuan juga mereka yang paling ‘sporting’.


Ahli JomChat juga pemenang pakaian wanita terbaik, Farah Dilla Yanuar, 21, berkata dia tidak sangka impian�nya untuk bertemu dengan pelawak diminati iaitu Zizan menjadi kenyataan.


“Saya gembira kerana JomChat menunaikan impian saya selama ini. Sebelum ini saya banyak juga berbual dengan Zizan menerusi JomChat tetapi malam ini saya dapat menyambut hari jadinya bersama-sama,” katanya.


Sementara itu seorang lagi ahli JomChat, Noratikah Abdul Ghani, 21, berkata dia memang seronok apabila dapat bertentang mata de�ngan Zizan yang memang diminati sejak dulu. Malah berasa berbaloi menyertai JomChat apabila diberi kelebihan untuk mengikuti segala perkembangan dan bertemu artis kesayangannya.


Harian Metro dengan sokongan pelbagai penaja akan menganjurkan acara santai dari semasa ke semasa mengikut kelapangan keempat-empat artis berkenaan bersama peminat khususnya rakan JomChat dari seluruh Malaysia. Beberapa acara menarik sedang dirancang membabitkan rakan artis lain yang menyertai JomChat iaitu Ana Raffali, Aizat dan Alyah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir