SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » Love Story

Love Story

Setelah tampil dengan single Ketika Cinta Bertasbih yang telah pun mencapai sebanyak 500 000 muat turun digital, penyanyi Indonesia, Melly Goeslow (gambar) semakin galak menghasilkan lagu terbarunya.
Melly Goeslow
Berbekalkan kejayaan ini, Melly yang bernaung di bawah label Warner Music, kini muncul lagi dengan album solonya yang keempat berjudul Dancing In the Silence. Album kali ini memuatkan tiga buah lagu yang telah menjadi lagu tema bagi beberapa buah filem seperti Kembali Senyumku (filem Heart 2 Heart), Yuk Kita Jadian (Kabayan Jadi Milyuner) dan Love Story (Love Story).
Dancing In the Silence adalah album terbaru yang mengaspirasi pengalaman beliau sebagai penyanyi dan juga penulis lirik. Album ini telah berada di pasaran pada 21 April ini dan dijual pada harga hanya RM27.90.
Daripada album ini, Love Story adalah single terbaru Melly di mana ia menampilkan Melly berduet dengan Irwansyah, penyanyi serta pelakon yang mula dikenali sejak kemunculannya dengan Acha Septriasa dalam filem Heart, filem yang hangat di Indonesia, juga di Malaysia.
Seperti kebanyakan lagu-lagu ciptaan Melly, Love Story sebagai salah satu lagu berirama pop balada yang menampilkan kekuatan Melly dalam berkarya.
Jangan lepaskan peluang untuk memuat turun lagu ini sebagai nada dering anda.
Bagi Maxis Caller Ringtones, sila dial *131*205116# dan tekan call/send, atau anda boleh layari laman http://www.musicunlimited.com.my, manakala bagi Celcom Call Me Tones, dial *118*113524# dan tekan call/send ataupun dengan melayari http://www.channelx.com.my.
Bagi Digi Caller Tunes, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT0113290 dan hantar ke 2000, ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my, manakala bagi U Mobile Colour Tones pula, sila dial *118*5*2*272724#, dan pilih call/send, ataupun layari http://www.u.com.my.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir