SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Guru, Pendidikan dan Ibu Bapa

Guru, Pendidikan dan Ibu Bapa

Dunia pendidikan???
Dunia pendidikan signifikan dengan guru dan pelajar serta ibu bapa??
namun adakah ketiga-tiga elemen ini bergabung dengan baik??
adakah ianya selari dalam dunia pendidikan kita masa kini???
sejak kebelakangan ini kita sering mendengar tentang guru dan jenayah
Guru pukul pelajar sampai mati
Guru rogol/liwat pelajar
dan banyak lagi
sehinggakan guru tidak lagi dipandang mulia lagi
yang diterima hanyalah caci maki sahaja...
perlukah sedemikian rupa??
hanya kerana satu dua yang membuat onar...semua merasa keperitannya???


semestinya anda menganggap menjadi guru itu hanyalah satu pekerjaan biasa..
yang berfungsi mengajar dan menjadikan seseorang itu pandai..
.itu sebenarnya pemikiran orang yang berfikiran cetek. 
Sebenarnya guru tidak hanya menjadi pendidik yakni mendidik anak-anak mahupun saudara-saudara  anda...
tetapi lebih bersifat kepada membimbing kanak-kanak atau individu itu untuk dia boleh hidup dalam dunia serba mencabar. Anda bayangkan sekiranya anda tidak diberi didikan dan bimbingan oleh guru bagaimana untuk hidup ...apa yang akan terjadi kepada anda hari ini???mampukan kita bersaing dengan bangsa-bangsa lain yang sentiasa ingin ke depan..terutamanya kaum cina...mereka sentiasa ingin jadi yang pertama...mengapa kita tidak berpemikiran seperti mereka. apa yang saya dapat lihat corak pendidikan mereka amat berbeza sekali dengan corak pendidikan bagi kaum kita melayu..anda tahu...sekiranya anak mereka yakni kaum cina tidak mampu untuk survive dalam dunia akademik mereka akan menghantar anak tersebut ke bengkel-bengkel motor atau kereta...kenapa begitu???sebabnya dia memberi peluang dan bimbingan kepada anaknya untuk boleh survive...berbeza dengan kita orang Melayu...anak-anak kita selagi mereka tidak mendapat yang terbaik dalam akademik..mereka akan dimarah kerana tidak mahu memberikan tumpuan.."mengapa dia boleh mendapat A, kamu tidak boleh???" itu yang ibu bapa akan katakan kepada anak-anak mereka..kenapa mereka tidak menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat latihan berunsur kemahiran kerna setiap individu mempunyai kecerdasan dalam aspek yang berbeza mungkin si A lebih cenderung untuk berjaya dalam akademik manakala si B lebih cenderung terhadap sesuatu berbentuk kemahiran..perlukan si B dilayan sama seperti si A dihantar ke pusat tuisyen dan dipaksa memasuki IPTS/IPTA????pada saya itu sebenarnya memberikan satu tekanan besar kepada individu tersebut. andaikata anda berada di tempat Si B, sudah semestinya tekanan yang akan dirasai??betul kan..itulah kenyataannya....guru pendidik??betul atau tidak???setiap masa tugas guru dipandang seakan-akan tiada nilainya dimata masyarakat..dulu, andai murid dipukul, ibu bapa akan menambah lagi pukulan tersebut...namun apa yang berlaku hari ini...amat berbeza..guru mendenda murid...guru akan disaman...wajarkah begitu???dimana nilai kita sebagai umat islam serta budaya timur kita unuk menghormati guru???dimana sifat kita untuk menyayangi guru???yang ada sekarang...pada c.z hanyalah bersifat ingin mendapatkan akademik yang terbaik bukannya seimbang dari jasmani, emosi, rohani dan sosial serta intelek. itu relaiti...dan pelajar-pelajar yang lahir hari ini hanyalah berkualiti dari aspek akademik namun dari aspek lain seperti nilai-nilai kemanusiaan mereka seakan-akan ZERO???dimana nilai tersebut???adakah ini berlaku akibat guru yang salah mendidik atau murid yang tidak mahu menerima???atau ibu bapa yang menjadikan anak mereka sedemikian dengan membebankan anak mereka agar sentiasa cemerlang dalam akademik sahaja...tidak bersama sahsiah????renung-renungkan...kerana kita semua ibu bapa dan bakal menjadi ibu bapa akan mempunyai anak-anak dan adakah kita mahu anak-anak kita tidak mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi dalam diri nya????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir